Setelah lama #StayAtHome #PKP #PKPD #PKPP, apabila dibenarkan melancong di dalam negeri, kami memilih Port Dickson sebagai destinasi bercuti pada kali ini. Saya rasa bertuah kerana dapat bercuti bersama kawan-kawan dari Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang (BBGS) di Hotel Thistle. Disebabkan PKPP, proses pendaftaran mengambil masa yang agak lama. Sejam lebih jugalah menunggu giliran. Pihak hotel menyediakan minuman dan tempat menunggu yang agak selesa sementara menunggu nombor dipanggil.
Walaupun dibenarkan bercuti, langkah-langkah 3W harus diamalkan dan SOP perlu diikuti. Alhamdulillah kami dapat bilik di level searas dengan lobi. Yeyy tak perlu naik lif untuk ke bilik. |
Pemandangan dari lobi hotel.
|
Biliknya agak luas dan besar. Sebaik masuk saja di bilik, anak-anak dah tak sabar nak mandi. Apalagi jom tukar baju dan bergegas ke kolam renang.
|
Lautnya cantik dan pantainya tidak berbatu, sesuai untuk aktiviti bermain pasir
|
|
Saat-saat paling seronok menunggu matahari terbenam |
Setelah penat bermandi-manda, seterusnya kami bersiap untuk makan malam di Embok Village yang terletak kira-kira 30 minit dari hotel Thistle. |
Semua dah kelaparan menunggu makanan tak kujung tiba. Hampir 2 jam kami menunggu makanan kami walaupun telah ditempah sehari sebelum. Dinasihatkan agar tidak datang ke restoren ini di waktu "Peak Hour" |
|
Bawa Ayden ambil angin di tepi pantai sementara menunggu steamboat.
|
|
Steamboatnya sedap cuma sepinggan steamboat bersama bihun dan mee tidak "kena". Oleh kerana lama menunggu, bihun dan mee tidak terusik dan menyebabkan pembaziran. |
|
Makan besar bersama-sama Keluarga Latifah, Fazila dan Sahura |
|
Sambutan Hari Jadi Anak Fazila
|
Malam tu, biasalah acara membawang bersama-sama kawan-kawan sambil bertukar-tukar hadiah. Terima kasih di atas pemberian hadiah yang tidak ternilai ini.
No comments:
Post a Comment