ADS

Thursday, September 5, 2019

Zoom Kartun 2019

Pada 10 mac 2019,  Ahad, Zayana telah menyertai pertandingan komik anjuran Pikomik yang diadakan di Summit, USJ. Kira-kira 30 orang peserta yang berumur antara 7 hingga 18 tahun menyertai pertandingan itu.  Rata-rata yang menyertai pertandingan adalah pelajar dari Art class sekitar Lembah Klang. Peserta harus menzahirkan watak komik yang bertemakan 'My Hero'. 

Pelbagai teknik yang digunakan antaranya menggunakan pen marker, crayon, pensel warna dan water colour. 
Event ini menghimpunkan pelukis-pelukis tidak kira yang lama atau baru berkecimpung dalam dunia komik.

Zayana memenangi hadiah saguhati dan membawa pulang trofi, sijil penyertaan dan hadiah. Zayana berasa sedikit kecewa namun pengalaman yang diperoleh tidak akan dilupakan. 

Hasil lukisan Zayana "My Hero"

Para pemenang yang berjaya membawa pulang sijil penyertaan, trofi dan hadiah dari pihak penganjur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...