ADS

Wednesday, February 19, 2025

Pokok Kurma setelah Sembilan Tahun (Update)



Perkembangan terbaru pokok kurma yang kami tanam dari biji. Tidak sangka pokok kurma ini berusia 9 tahun dan boleh tumbuh sebesar sekarang. Sekali imbas, pokok ini kelihatan seperti pokok kelapa sawit. Dia mempunyai pelepah yang besar dan berduri. 

Baca artikel bagaimana kami menanam biji kurma. baca di sini

Friday, August 30, 2024

Pokok Nona

 

Pokok Nona yang berusia kira-kira 4 tahun

Pokok Nona atau dikenali dengan sugar apple ini kami tanam dari biji. Pokok atau buah nona sukar ditemui atau 'rare'. Daunnya tumbuh berselang seli dan tingginya boleh mencapai sehingga 8 meter. Buahnya berbentuk bulat dan berbonggol-bonggol. Isinya putih, lembut dan manis. 

Projek Tanaman: Pokok Peria Katak

Daunnya juga menggeluarkan aroma seperti buahnya

Kebun Mini kami diteruskan dengan penanaman pokok peria katak atau bitter gourd dikenali juga dengan nama saintifiknya Momordica charantia. Peria katak tumbuh menjalar dan dikatakan sayur buah yang paling pahit. Buahnya berbentuk bujur dan menggurutu seperti katak. mungkin disebabkan fizikal buah seperti kulit katak, maka buah ini dinamakan sedemikian. Buahnya bewarna hijau ketika muda dan bertukar warna kuning ketika matang.

Sejenis tumbuhan menjalar dan memerlukan
sokongan untuk memanjat
 

Tuesday, August 27, 2024

Projek Kebun Mini di Bandar

1. Projek Kebun Mini ini dimulakan pertengahan tahun 2023. Pada percubaan pertama, kami menanam ubi kayu. Kira-kira 9 batang batang ubi kayu dipacak. Ambil masa 6 bulan juga baru kami dapat menggali ubinya. 


2. Kami memindahkan pokok delima dari pasu ke tanah kerana pokok ini kelihatan tidak subur dan tidak berbuah. Setelah beberapa bulan dipindahkan, pokok delima mula bercambah pucuk baru. Kini pokok delima mula berbunga dan berbuah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...