ADS
Friday, October 12, 2018
Homemade Coconut Milk Bread
Teksturnya lembut dan agak berat (dense). Sedap dicicah kopi mahupun teh. Insya allah setelah mendapat kombinasi yang sesuai, saya akan menulis resepinya di sini. Saya meletakkan sedikit oregano bagi membangkitkan lagi aroma roti ini.
Monday, October 8, 2018
UPDATE: Buah Mulberry
Pokok Mulberi akhirnya berbuah lebih banyak berbanding buah yang pertama. Jika dahulu sebiji mulberi kami berkongsi 5 orang, kali ini syukur seorang dapat satu biji. Tipsnya, pokok ini mesti rajin dicantas agar dapat menghasilkan pucuk dan buah baru. Sebaik-baiknya cantas linkungan 3 ke 4 bulan sekali.
Buah Mulberi yang sudah masak bewarna keungguan |
Daunnya berbentuk seperti hati, agak kasar dan kesat |
Thursday, October 4, 2018
UPDATE: Pokok Limau Kasturi
Artikel mengenai tanaman pokok limau boleh klik disini
TAJUK SEMUA BENDA .
Chicken Shephered Pie
Bahan-bahan untuk Filling
(A)
50g Unsalted butter
50g tepung gandum
350ml stok ayam
350ml susu skim (saya guna susu segar)
50g Cheddar cheese
1/2 lemon
400g isi ayam yang telah direbus (dicarik-carik)
200g bayam (direbus)
4 biji telur ayam
(B)
7 biji kentang
Saturday, September 8, 2018
UPDATE: Perkembangan Pokok Kurma Setelah 2 Tahun
Pokok kurma ini baru kami pindahkan ke tanah setelah mengeluarkan daun berpelepah dan berduri. Ini kerana kebanyakkan anak pokok yang ditanam 'dipunggah' oleh babi hutan. Kami berharap pokok kurma yang ditanam 2 tahun lepas ini tumbuh dengan sihat.
Baca artikel mengenai projek penanaman pokok kurma di sini.
Monday, August 27, 2018
Peak Garden, Rimba Komuniti Shah Alam
Permandangan dari puncak Peak Garden
|
Hiking kali ini, kami ke Peak Garden, Rimba Komuniti Shah Alam (Shah Alam Community Forest). Kawasan ini terletak kira-kira 25 minit pemanduan dari Bandar Shah Alam.
Simpang ke Rimba Komuniti Shah Alam. Lokasi |
Entrance point terletak di kawasan pembinaan. |
Peta lokasi Rimba Komuniti Shah Alam |
Saturday, August 25, 2018
Dendeng Daging
Setiap kali Hari Raya, kami akan masak Dendeng Daging resepi turun temurun dari mak kami (Mak June).
Bahan-bahan:
Dari kiri: Bawang besar, bawang putih, halia, daging rebus, stok dading, asam jawa, kayu manis, cengkih, buah pelaga, gula merah, belacan dan cili giling. |
*3 sudu cili giling
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 ruas ibu jari belacan
*1 ruas halia
Sedikit stok daging
Sedikit asam jawa
Sedikit gula merah
Kicap manis dan kicap masin
Kayu manis, cengkih dan bunga lawang (dikisar)
*dikisar halus
Cara-cara
Daging lembu direbus dahulu sehingga empuk. Sejukkan dan hiris nipis. Kemudian letakkan kicap manis dan masin serta diperap sekejap. |
Daging yang diperap tadi di goreng seketika. Daging akan keras jika digoreng lama. |
Angkat dan ketepikan daging yang telah digoreng tadi. |
Tumiskan bahan kisar, air asam jawa dan gula merah sehingga pecah minyak. |
Kemudian, masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga kuahnya kering. Masukkan rempah yang telah dikisar sedikit-sedikit. |
Rempah yang telah dikisar halus |
Tuesday, August 14, 2018
Cornflakes Telur Masin (Salted Egg Cornflakes)
Bahan-bahan yang diperlukan mengikut citarasa masing-masing. Saya agak-agak sahaja kuantitinya.
|
Monday, August 6, 2018
Kubis Cina
Kubis cina atau nama saintifiknya Brassica Rapa adalah sejenis sayuran berdaun hijau. Sayur ini juga dikenali sebagai Bok Choy (BahasaCina), da baici, Petsay (Bahasa tagalog), Kubis putih, Kobis Cina (Bahasa Malaysia), Nappa cabbage (Bahasa Inggeris) dan Hakusai (Bahasa Jepun) Sayur ini boleh dimasak atau dimakan sebagai ulam. Di Korea, kobis cina adalah bahan utama untuk membuat Kimci atau jeruk masin.
Kubis cina adalah tumbuhan dwimusim, membentuk satu kepala padat, selinder dan besar. Ia berakar serabut dan daun jejala. Kubis cina mempunyai beberapa kebaikan dan manfaat jika di makan. Antaranya:
1. Makanan anti kanser
Kubis cina mempunyai kandungan antioksidan dan fitonutrisi seperti lutein, isothiocyanates dan sulforaphane yang dapat membantu merangsang enzim-enzim untuk proses detoksifikasi dalam hati dan melindungi tubuh badan kita dari serangan kanser.
2. Menguatkan tulang dan gigi
Kubis cina mempunyai vitamin K dan kalsium bagi menguatkan tulang dan gigi. Selain itu, vitamin K memudahkan pembekuan darah dan menghalang berlakunya pendarahan.
3. Sumber Asid folat
Sayur kubis cina dapat memenuhi keperluan pemakanan ibu mengandung kerana kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya seperti spina bifida.
Cekodok Hujan Panas
UPDATE: Hutan Simpan Kota Damanasara
Kawasan rekreasi ini telah dinaiktaraf dan ditambahbaikan dari semasa ke semasa. Antaranya:
Untuk artikel lanjut mengenai Hutan Simpan Kota Damansara, sila layari ke page ini.
Pendaki hendaklah mendaftar masuk dahulu di pondok pendaftaran sebelum Hiking dan mendaftar keluar sebaik sahaja selesai. Buat masa ini tiada bayaran dikenakan |
Disediakan juga kawasan rehat yang dihiasi dengan lukisan mural. |
Ramadhan Taekwondo Breaking Board & Iftar
Pada 10 Jun 2018 yang lalu, Zaim Ariffin, Alima Zayana dan Alisya Zafeerah telah menyertai program Ramadhan Taekwondo Breaking Board & Iftar anjuran bersama Kroyo Taekwondo Club (Klang), Universiti Teknologi MARA dan McDonalds Setia Taipan.
Seramai 100 orang peserta berkumpul seawal jam 6.30 petang di hadapan Kroyo Taekwondo Club Centre, Setia Taipan, Setia Alam.
Seramai 100 orang peserta berkumpul seawal jam 6.30 petang di hadapan Kroyo Taekwondo Club Centre, Setia Taipan, Setia Alam.
Peserta diberi taklimat sebelum program dijalankan |
100 orang peserta memecahkan papan secara serentak |
Kegembiraan terserlah di wajah peserta setelah berjaya memecahkan papan mereka |
Sijil penghargaan diberikan sebaik sahaja peserta program berjaya memecahkan papan |
Monday, March 26, 2018
UPDATE: Berkelah di Sungai Chiling
Ketika cuti sekolah yang lalu, kami berkelah di Santuari Ikan Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Kami suka ke sini kerana tempat ini menarik bukan sahaja dapat memberi ikan makan, malah kami dapat hiking ke Air Terjun Sungai Chiling untuk beriadah. Beberapa perubahan telah dibuat bagi menjaga keselamatan dan kebersihan kawasan ini.
Kaunter pendaftaran telah dibuka berdekatan pintu masuk ke kawasan Sungai Chilling. Para pengunjung perlu mendaftar dan 'declare' bahan plastik pakai buang yang di bawa masuk (bekas makanan yang dibeli dari gerai). Bekas makanan dan minuman (Tupperware) yang dibawa dari rumah tidak dikenakan sebarang bayaran. Setiap pengunjung pula dikenakan bayaran RM1.00 sekali masuk.
Sunday, February 25, 2018
Monday, February 5, 2018
Bukit Sapu Tangan, Taman Botani Negara Shah Alam
Menara Padang di Puncak Bukit Sapu Tangan |
Bukit Sapu Tangan terletak di dalam kawasan Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA), kira-kira 10 minit pemanduan dari Bandaraya Shah Alam. Bukit Sapu Tangan merupakan puncak tertinggi (204meter) di taman botani tersebut. Pengunjung dikenakan bayaran parkir sebanyak RM3.00 bagi sebuah kereta.
Peta
Tiket masuk ke Taman Botani Negara Shah Alam |
Wednesday, January 31, 2018
Kimchi stew (Kimchi jjigae)
Hari ini saya mencuba memasak Kimchi Stew dengan berpandukan blog Maangchi. Saya menukarkan sedikit bahan mengikut citarasa saya.
Bahan-bahan yang diperlukan
500 gram Kimchi (dipotong kecil-kecil. Lebih sedap jika menggunakan kimci yang berusia dalam 3minggu)
1/4 cawan air kimchi (ambil dari bekas kimchi)
500 gram daging (saya rebus dahulu)
2 tangkai daun bawang (Scallion)
1 labu bawang besar (hiris)
sedikit gula
sedikit garam
2 sudu kecil chili flakes (saya guna serbuk cili paprika)
1 sudu besar serbuk cili faezah (bancuh menjadi pes. Tambah sukatan jika mahu pedas)
1 sudu kecil minyak bijan
2 cawan stok ikan bilis (atau ayam atau daging)
Sunday, January 21, 2018
Kimci
Kimci ialah makanan tradisional Korea iaitu sayur hasil pemerapan (Fermented). Antara sayur-sayur yang digunakan seperti kobis cina (Napa Cabbage), kucai, carrot, lobak putih (Daikon), daun bawang, timun, daun selom dan sebagainya. Di Korea, kimci selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimci juga digunakan sebagai ramuan untuk masakan sup kimci (kimci jjigae) nasi goreng kimci (kimci bokkeumbap) dan pelbagai masakan. Kimci terdiri daripada pelbagai jenis dengan ciri aroma masam, keras dan tajam.
Kimci dibuat dari bermacam-macam jenis bahan mengikut jenis kimci dan selera orang yang membuatnya. Kimci yang terkenal di Korea adalah Baechu yang dibuat dari sawi putih dan lobak putih. Sayur tersebut dicampur bawang putih, cili merah, daun bawang, halia, makanan laut seperti udang dan sotong, garam dan gula. Terdapat lebih kurang 187 jenis kimci di Korea, sejak dari zaman dahulu hingga zaman sekarang.
Menurut majalah Health Magazine, kimci adalah salah satu daripada makanan tersihat di dunia. Kimci kaya dengan vitamin dan membantu pencernaan. Di dalam kimci terdapat bakteria hidup yang lebih banyak dari yogurt yang dipercayai dapat mengelakkan kegemukan dan obesiti.
Monday, January 15, 2018
Puncak Tiga Puteri, Hutan Simpan Kota Damansara
Permandangan Highway NKVE |
Pengenalan
Hutan simpan Kota Damansara telah diwartakan sebagai hutan Simpanan Kekal pada 18 Februari 2010 bagi tujuan Hutan Lipur, Hutan Pelajaran dan Hutan Penyelidikan. Hutan simpan yang meliputi kawasan seluas 321.7 hektar (795 ekar) adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan diurus secara kerjasama dengan komuniti tempatan dan kumpulan pengguna yang berkepentingan.
Hutan Simpan Kota Damansara adalah bekas Hutan Simpan Sungai Buloh yang diwartakan pada tahun 1898. Ketinggian hutan ini adalah di bawah 300 meter pada aras laut. Hutan ini merupakah salah satu hutan simpan yang masih ada di daerah Petaling.
Subscribe to:
Posts (Atom)