ADS

Thursday, April 14, 2016

Sengkuang Dapat Meredakan Demam



Sengkuang atau nama saintifiknya Pachyrhizus Erosus (L) Urban adalah dari keluarga Leguminosae. Sengkuang berasal dari Mexico dan Amerika Tengah hingga ke Costa Rica. Ia dibawa ke Asia ikeg orang Sepanyol dari Acapulco ke Manila dan Ambon. Kini ia di tanam atau tumbuh liar di kawasan tropika dunia.  Sengkuang juga dikenali sebagai bangkuang (Indonesia), Mexican Turnip (English), Jicama, Mexican Yam Bean (Mexico) Singkamas (Filipina), Bang Kuang (China), Man Kaeo (Thailand) and Kuzu-imo (Jepun)

Morfologi 

Pokok ini memanjat atau menjalar antara 2 hingga 6 meter panjang. Satu biji sengkuang yang ditanam akan menghasilkan sebiji ubi sengkuang yang berbentuk bujur bulat. Ubi yang ditanam boleh mencapai saiz 30cm x 25cm dan kulitnya kekuningan. Daunya pula jenis majmuk dengan 3 helai berukuran 2.5cm hingga 10cm panjang dan lebar antara 2.5cm hingga 18cm. Bunganya pula dalam jambak jenis bunga kekacang, kelopak berwarna biru dan putih. Buah sengkuang jenis kacang legum, memanjang dan leper.

Daunnya jenis majmuk dan besar

Penanaman

Sengkuang ditanam dengan biji dan bercambah dalam masa 5 hingga 12 hari bergantung kepada jenis kultivar. Ia mula berbunga pada usia 2 atau 3 bulan selepas percambahan. Ada petani yang memetik bunga supaya ubi menjadi lebih besar. Tanaman mula menghasilkan ubi 7 mingu selepas pencambahan. Ubi boleh dituai dalam masa antara 4 hingga 7 bulan selepas pencambahan. Untuk mendapatkan hasil biji yang masak, ia memerlukan 8 hingga 10 bulan. Pokok sengkuang yang menghasilkan buji tidak menghasilkan ubi sengkuang yang berkualiti tinggi.

Kandungan 

Ubi dari tanaman yang berusi 5 hingga 8 bulan mengandungi 80-90 peratus air, 10-17 peratus kabohidrat, 1.0-2.5 peratus protein, 0.2 peratus lemak, 0.5-1.0 peratus serabut, vitamin C, kalsium dan besi.

Khasiat

  • Mengatasi demam panas
  • Meredakan demam
  • Mampu mengubati selsema dan batuk
  • Melawaskan air kecil
  • Penawar demam kuning
  • Mengatasi masalah gout
  • Menghaluskan dan memutihkan kulit
  • Sesuai menjadi makanan diet

Monday, April 11, 2016

Lata Berembun, Negeri Sembilan

Air Terjun Lata Berembun, Negeri Sembilan

Setelah lama berehat dari hiking, Geng AzZa kembali beraksi bersama-sama Geng Macai Rimba Outdoor Team (MROT) ke Lata Berembun pada 10 April 2016 lalu. Lata Berembun terletak di Kampung Baru Pantai, Jelebu, Negeri Sembilan. Lokasi Lata Berembun terletak kira-kira 5 kilometer dari Kampung Baru Pantai. Bagi pengunjung yang ingin menikmati keindahan suasana di kawasan hutan simpan Berembun, terdapat juga chalet berdekatan seperti Plassid Villa, awanmulan, The Dusun, The Shorea dan Cabinz Ecottage. Pihak chalet turut menyediakan guide dari kalangan orang asli untuk membawa pengunjung ke Lata Berembun dengan sedikit bayaran.


Pusing kanan di 'Y' junction sebelum tiba Balai Polis Kampung Baru Pantai. Teruskan perjalanan sehingga akhir jalan. Di situ terdapat Loji Air Rawatan Pantai. 

Pengunjung boleh pakir di bahu jalan. Trekking bermula dari Loji Rawatan Air Pantai
Trail

Perjalanan dari loji ke Lata Berembun mengambil masa kira-kira satu jam mengikut kelajuan masing-masing. Hiking ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas. Namun ini tidak mematahkan semangat Alisya yang baru berumur 4 tahun setengah. Sejak berumur 2 tahun lagi dia telah mengikut kami melakukan aktiviti hiking. Awas!! ada pacat di musim hujan. Pakai pakaian yang sesuai dan juga stoking untuk melindungi diri dari di gigit pacat. Kami turut bertembung dengan guide yang membawa pelancong-pelancong yang menginap di chalet-chalet berdekatan.


Hikers perlu mengikut denai yang berada di sebelah kanan selepas kira-kira 2 minit berjalan dari loji air.
Trailnya agak mendatar namun sesekali terpaksa melintasi sungai, mendaki cerun-cerun bukit dan melangkah batang-batang pokok. Kadang-kala kami terpaksa melalui bawah pokok besar yang tumbang. Sepanjang perjalanan kami mendengar deruan air sungai dan kicauan burung serta gembiranya si riang-riang.


Melintasi sungai  pertama

Wednesday, April 6, 2016

Cara 'Repotting'

Menurut Musa Yaacob, penulis blog Tin oh Tin, pokok Tin sebaik-baiknya ditanam di dalam bekas (containerised planting) kerana pokok ini sensitif dengan pemberian air yang berlebihan dan boleh mati jika tidak dikawal dengan baik. Keaadan iklim Malaysia yang menerima purata hujan yang lebih tinggi berbanding keperluan tanaman boleh memberi kesan buruk kepada Pokok Tin. Oleh itu, penanaman di dalam bekas adalah lebih sesuai kerana kandungan air yang diperlukan dapat dikawal. Selain itu, kita juga harus memastikan kawasan tanaman mendapat saliran yang baik dan air tidak bertakung.

Bagi Geng Kebun Rumah Tinggi, kami menanam pokok Tin kami di dalam pasu plastik kerana ianya ringan dan mudah untuk dialih. Kami juga membuat research cara-cara terbaik untuk memindahkan pokok kami ke dalam pasu yang lebih besar. 

Pokok Tin di dalam bekas minuman

Menurut Musa Yaacob, bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan media tanaman yang sesuai adalah Vermiculite, Perlite, Peatmoss, sekam bakar (hancur), cocopeat, tanah lapisan atas (top soil), tanah merah dan media campuran (6 dalam 1).

Sumber: http://www.tinohtin.com/2015/09/bahan-asas-untuk-menghasilkan-media-tut.html


Tuesday, April 5, 2016

Terima Keratan Batang dari Nur Aida

Hari ini -- (5 April 2016), geng Kebun Rumah Tinggi menerima keratan batang beberapa pokok dari Nur Aida (group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri). Keratan batang yang kami dapat kenal pasti adalah keratan batang mulberry, keratan batang cherry barbados dan keratan batang anggur. Ada beberapa keratan saya tidak pasti. Kemungkinan keratan batang mahkota dewa. Ada juga benih yang saya tidak dapat pastikan. Terima kasih banyak-banyak kerana memberi peluang geng Kebun Rumah Tinggi mencuba tanaman yang mempunyai banyak manfaat. Kami berharap usaha kami ini berjaya.

Kami rasa ini keratan batang anggur

Keratan batang yang berwarna hijau ini
 tidak dapat dipastikan


Keratan batang Mulberry

Sunday, April 3, 2016

Piknik di Padang Shah Alam

Pada 2 April 2016 lalu, kami sekeluarga berpiknik dan bersarapan bersama-sama nenek dan Aida sekeluarga di Padang A, Dataran Shah Alam yang terletak di Persiaran Bandaraya.  Cuaca pagi yang nyaman dan sekumpulan burung berkicauan menambahkan lagi kecerian pagi tersebut. Pelbagai juadah di bawa antaranya nasi lemak, kuih muih, homemade rojak dan nasi berlauk. Anak-anak bergembira dapat bermain bersama-sama saudara mereka. Secara tidak langsung, aktiviti sebegini dapat menyihatkan badan dan merapatkan silaraturahim sesama keluarga. Kesibukan bekerja tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk kita beriadah bersama insan yang tersayang. Tandas awam disediakan di kawasan berdekatan.

Aksi anak-anak yang tidak dapat diganti

Ceria dan gembira



Berpiknik dapat merapatkan ukhuwah kekeluargaan

Terjumpa ulat beluncas


Tempat-tempat menarik sekitar Padang, Dataran Shah Alam
1. Tasik Shah Alam
2. Perpustakaan Negeri Selangor
3. Muzium Negeri Shah Alam
4. Dataran Shah Alam


Cili


Cili atau nama saintifiknya Capsicum annum adalah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Pokok ini dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan. Cili juga dipanggil cili merah, cili hijau, lada dan cabai (Malaysia), paprika, pimiento (Hungry dan Sepanyol) dan Chilli (Amerika Syarikat). Pokok cili tumbuh menegak, berakar tunjang dan batang bercabang berwarna hijau. Daunnya pula berbenyuk ovat lebar (saiz daun bergantung kepada kultivar).

 

Bunga cili berkelopak lima dangan berwarna putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buahnya pula berbentuk tirus memanjang. Biji cili pula kecil dan berwarna kuning.

Bunga cili merah berbentuk seperti bintang

Buah cili yang matang berwarna merah gelap


Kandungan Cili

Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C Kompleks serta komposisi vitamin lain seperti protein, kabohidrat dan karotin. Kepelbagaian cili memberi tahap kepedasan berbeza kepada si pemakan. Ini dinamakan capsaicin, lagi tinggi tahap capsaicin, cili semakin pedas. Dipercayai capsaicin yang terkandung dalam cili berfungsi sebagi agen pelicdung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah.

Kebiasaannya cili bersaiz kecil lebih pedas rasanya. Kepedasam cili bergantung kepada kandungan capsaicin / capsaicivoids di dalamnya. Terdapat lima komponen capsaicin didalam cili iaitu nordihidro capsaicin, capsaicin, dihidro capsaicin, homo capsaicin dan homo dihidro capsaicin. Komponen ini yang membantu melancarkan sistem peredaran darah dibahagian tangan, kaki dan jantung manusia. Disamping itu buah cili yang pedas dapat meningkatkan suhu badan sehingga merangsang metabolisme  untuk melancarkan peredaran darah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...