ADS

Wednesday, December 20, 2017

Bukit Botak , Puncak Alam

Hari ini kami berpeluang hiking ke Bukit Botak yang terletak di Puncak Alam, Selangor. Bukit Botak terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari Shah Alam. Berbekalkan roti kami bergerak ke lokasi pada pukul 7.30 pagi. 

Trail Bukit Botak mudah dan sesuai aktiviti beriadah bersama keluarga. Namun bagi yang pertama kali mencuba, trail di beberapa kawasan agak mencabar. Untuk sampai ke puncak, hikers tidak perlu risau tersesat kerana sejak permulaan trail ada diletakkan tanda arah. Sepanjang perjalanan anda akan disajikan dengan permandangan indah ladang kelapa sawit.


Trail 
Trail Bukit Botak

Elevation Gain


Elevation gain: 193m

Kawasan parkir berdekatan loji air
Laluan kebun kelapa sawit


Trail bermula selepas melepasi pencawang TNB


Permulaan trail


Permandangan sekitar pencawang TNB
Laluannya agak mencabar bagi yang pertama kali hiking
namun ada disediakan tali bagi
memudahkan hikers
Kem pertama: Kem Paet
Sekitar permandangan di Kem Paet


Tanda arah diletakkan sepanjang trail
sebagai 'guide'


Tali disediakan bagi memudahkan hikers
meneruskan perjalanan
Trail ke Bukit Cerakah

Hikers akan tiba di Kem Kedua: Kem Lopa
sebelum tiba di Bukit Cerakah
Puncak Bukit Cerakah: 214 meter
Batu penanda Bukit Cerakah. Malangnya
beirutnya telah roboh
Hikers perlu mendaki trail berbatu untuk
tiba ke Kem Tagar. Hikers haruslah
berhati-hati kerana trailnya agak licin dan berpasir.

Kami meneruskan perjalanan lagi sehingga ke Kem Tagar. Suasana di Kem Tagar amat dingin seperti berada di tanah tinggi. Kami berehat sebentar di situ sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.


Kem ketiga: Kem Tagar

Kawasan Kem Tagar cantik untuk sesi bergambar
Nun jauh di sana kelihatan puncak Bukit Botak yang telah
kehilangan kehijauannya dek
kerangkusan manusia
Puncak Bukit Botak menjadi kawasan kuari
Terdapat juga trails untuk bikers

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...