![]() |
Pokok lidah jin (Sanservierua Trifasciata) pemberian ibu tercinta |
ADS
Tuesday, October 4, 2016
Pokok Lidah Jin
Saturday, October 1, 2016
Cili Api Putih Jambak
![]() |
Buah cilinya berwarna kuning keputih-putihan semasa muda. Buah cilijenis ini sedap digunakan untuk dibuat sambal kicap jawa dan sambal bakso. |
Kemunting Cina Pokok Hiasan Beracun
Pokok Kemunting Cina atau nama saintifiknya Catharanthus roseus adalah pokok renek yang tergolong dalam famili Apocynaceae. Nama lain kemunting cina ialah Rosy Periwinkle (Bahasa Inggeris), pokok Rumput Jalang, pokok Kembang Sari, Pokok Bunga Tapak Dara atau Pokok Ros Pantai. Pokok kemunting berasal dari Madagascar dan biasanya boleh dijumpai di kawasan berpasir.
Friday, September 30, 2016
Selamat Pagi
Fikir yang baik-baik
Cakap yang baik-baik
Minta yang baik-baik
Sangka yang baik-baik
Insya-Allah
Yang datang nati
Semua yang baik-baik
Beriadah sambil Membaca
Thursday, September 22, 2016
Khasiat Pokok Cili Api
Wednesday, September 21, 2016
Projek 10: Cili Api Jambak
![]() |
Kini kami dapat mengutip hasil dari 'edible garden' kami |
Dua bulan yang lalu, kami menyemai cili api jambak yang diperoleh dari Sis Lin dari group Kebun Bandar. Biji benih cili boleh diambil dari cili padi yang telah matang dan berwarna coklat.
Cara-cara menyemai biji
1. Saya meletakkan tanah campuran iaitu tanah merah, tanah bakar dan cocopeat ke dalam polibeg sehingga 3/4 penuh.
2. Saya menyemai 4 biji benih ke dalam polibeg. Tutup lapisan biji benih dengan tanah yang nipis. Jarak tanaman adalah kira-kira 2 cm antara pokok. Semaian hendaklah dilindungi dari matahari yang terik dan air hujan yang berlebihan.
Kucing saya Tuah!!
Kecil-kecil Cili Api
![]() |
Pokok cili api yang ditanam 2 bulan yang lalu oleh anak-anak |
Cili api atau nama saintifiknya capsicum frustecens Linn berasal dari famili Solanaceae yang memberi rasa pedas apabila dimakan. Nama lain untuk cili padi adalah Cili api, Cili Rawit (Lombok Rawit), Cabai Burung, Lada Jarum, Lada Tunggeng, dan cabe (Indonesia).
Ciri-ciri
Pokok cili api adalah tumbuhan renek sederhana besar yang boleh mencapai ketinggian 0.2-2 meter. Batangnya bercabang banyak dan batang tua separa berkayu, liat. Daunnya pula tunggal, sederhana besar, bertangkai sederhana panjang dan bersusunan berselingan. Daunnya juga berbentuk bujur telur dengan hujungnya meruncing dan berwarna hijau muda.
Tuesday, September 20, 2016
Tuah!!
Update: Buah Cili Merah Matang
Anak-anak sangat gembira melihat titik peluh mereka menanam pokok cili dari biji benih mula mengeluarkan hasil. Benih pokok cili ini diambil dari cili kering. Saya tidak pasti varieti cili ini. Saya menanamnya secara organik tanpa menggunakan racun serangga dan hanya meletakkan baja organik.
Artikel mengenai Projek menanam cili merah. Klik di sini
Keratan Kemunting Cina Berbunga dan Tumbuh
Pokok kemunting yang dikerat menjadi dua anak pokok, telah berbunga. Bahagian keratan pucuk mengeluarkan bunga berwarna ungu keputihan. Bahagian keratan sebelah bawah hanya mengeluarkan pucuk / daun baru.
Artikel mengenai Percubaan membiak Kemunting Cina. Klik di sini
Tuesday, September 6, 2016
Percubaan membiak Kemunting Cina
Pokok kemunting cina semakin meninggi dan membesar. Saya mengambil keputusan untuk memotong pokok saya agar menjadi dua pokok. Kedua-dua keratan pokok ini saya tanam di dalam pasu. Setelah kira-kira dua minggu, kelihatan daun-daun baru mula tumbuh di celah daun lama pada keratan sebelah kanan (keratan batang bahagian bawah). Pucuk baru tumbuh di keratan sebelah kiri (keratan sebelah atas). Semoga keratan ini dapat tumbuh dan berbunga.
Hasil percubaan menanam pokok Kemunting Cina dari keratan batang. Klik di sini
![]() |
Daun-daun baru mula tumbuh dicelah-celah daun |
Memetik Buah Limau Kasturi
Fruit picking... Pengalaman anak-anak (Zaim, Zayana dan Alisya) mungkin tidak dapat dilupakan, sementelah aktiviti ini dilakukan bersama-sama nenek dan atuk. Panas terik mentari tidak menjadi halangan walaupun kadang kala si Alisya merenggek kepanasan. Setiap seorang dibekalkan beg plastik untuk meletakkan buah limau kasturi yang telah dipetik.
![]() |
Walaupun panas, mereka berlumba-lumba memetik buah kasturi |
![]() |
Nenek mengajar cara-cara memetik buah limau kasturi |
Monday, September 5, 2016
Merakam Kenangan dengan Quilt Memori
Saya menghasilkan Quilt Memory dengan hanya menjahit tangan kerana saya tidak mempunyai mesin jahit. Setiap satu dijahit dengan berhati-hati agar jahitannya kukuh dan tidak tercabut. Saya menggunakan tshirt lama anak-anak dan kain batik kepunyaan saya sebagai kain asasnya.
Saya berharap dengan pemberian yang tak seberapa ini, Mr Ninja dapat melepaskan rindunya dengan melihat Quilt Memori ini. Selamat pergi dan pulang ke tanah air. Kami sentiasa menanti kepulanganmu.
![]() |
Dekat tapi Jauh |
![]() |
Bersabarlah anakku, didi pergi sekejap sahaja |
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Tshirt yang tidak digunakan lagi
2. Kain Felt
3. Kain (saya guna kain batik)
Wednesday, August 31, 2016
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
![]() |
Laungan ;MERDEKA' sebanyak 7 kali |
Pada upacara bersejarah ini, wakil Queen Elizebeth II, Duke of Gloucester telah menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengistiharaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Selesai Pengistiharaan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka.
Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutian Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu Kebangsaan 'NEGARAKU'. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Sumber: Arkib Negara
Monday, August 29, 2016
Limau Kasturi
Limau kasturi atau nama saintifiknya citrus microcarpa adalah tanaman dari famili Rutaceae. Pokok ini banyak di tanam di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina, indonesia dan Thailand. Limau kasturi juga dikenali dengan nama calamodin orange, calamansi, acid orange, limau sambal, limau cuit, musk lime dan bugarom. Pokok limau kasturi adalah pokok renek yang mampu mencecah ketinggian sehingga 3-6 meter dan mempunyai dahan sederhana rimbun. Pokok ini sesuai ditanam di tanah yang agak liat dan tidak terlalu poros.
![]() |
Daun kasturi berwarna hijau tua dan berbentuk bujur |
![]() |
Bunga pokok Limau Kasturi |
Sunday, August 28, 2016
Pokok Keladi Hiasan Cantik Namun Beracun
Kami menerima 2 batang pokok keladi dari genus Aglaonema, famili Araceae dari makcik kami 'Mak Long'. Pokok keladi yang dikenali sebagai 'Chinese evergreen' berasal dari benua Asia dan New Guinea. Pokok ini mudah dijaga kerana tidak memerlukan sinaran cahaya matahari yang banyak dan kelembapan yang tinggi. Habitat asalnya adalah di kawasan lembab dan agak berpaya. Ia dapat hidup dengan baik di medium poros dan kawasan yang mempunyai saliran baik.
![]() |
Aglaonema brevispathum |
Pokok chinese evergreen boleh mencapai ketinggian sehingga 150cm bergantung kepada spesiesnya. Daunya berbentuk pelepah dan runcing dihujungnya. Pokok ini mempunyai sistem akar serabut serta batang tidak berkayu. Secara amnya, bunga chinese evergreen berwarna putih dan kecil.
Keselamatan
Pokok ini mengeluarkan getah yang menyebabkan kegatalan dan beracun jika tersentuh bahagian pokoknya seperti batang, daun dan ubinya dipotong. Oleh itu, beberapa keselamatan perlu diambil antaranya:
1. Pamerkan pokok itu di kawasan yang tinggi dan jauh dari tempat lalu lalang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
2. Pakai sarung tangan ketika memotong batang daun atau ubinya. Jika terkena getahnya, segera basuh dengan air yang banyak. JIka termakan dan sebagainya, segeralah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan lanjut.
Penjagaan
1. Siram medium tanaman dua kali sehari pada hari panas bagi mengekalkan kelembapan medium. Namun elakkan air bertakung dalam medium tanaman agar akarnya tidak membusuk.
2.Baja organik seperti najis ayam adalah terbaik. Elakkan menggunakan baja biji yang boleh melecurkan perdu atau dedaunnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)